Tuesday 29 September 2009

PETUA KECANTIKKAN UNTUK WANITA

10 tip kecantikkan untuk wanita

Untuk kelihatan cantik, tidak semestinya anda perlu bersolek, mendapat rawatan di salon-salon terkemuka. Anda hanya perlukan 5-10 minit untuk tampil menawan. bagaimanakah caranya?

1. Jadikan aktiviti membersihkan wajah sebagai rutin wajib anda setiap pagi dan malam. pemeliharaan kulit merupakan asas penting dalam penampilan kecantikan anda.

2. Anda perlu menjadi orang yang paling arif mengenai wajah anda. Apabila anda ingin membeli set penjagaan muka atau kosmetik, baca butiran dengan terperinci untuk mengelakkan sebarang komplikasi. seeloknya anda membeli pek perubaan. sekiranya serasi. buatlah keputusan untuk memilikinya.

3. Bersolek cukup sekadar untuk mengelak wajah dari kelihatan pucat, Solekan natural adalah lebih baik dan selamat untuk aktiviti harian anda. Tidak salah anda mengenakan solekkan tebal sekiranya anda mahir berdandan sendiri asalkan jangan sampai ada yang menegur muka anda seperti opera cina.

4. Ketika bersolek, pastikan riasan yang anda lakukan pada wajah kelihatan sekata. pastikan bahagian leher tidak di abaikan semasa bersolek. Jika tidak, solekan anda kelihatan berbelang dan wujud perbezaan warna antara bahagian muka dan leher.

Alatan Asas yang perlu ada pada wanita

Didalam kamar mandi.
1. Wanita juga perlukan pisau cukur yang baik, penggunaan pisau cukur bersama shaving foam atau aftershave dapat membantu anda untuk rasa lebih selesa selepas bercukur.

2. Span yang lembut - bagi mereka yang menggunakan buih mandian. span yang lembut memainkan peranan besar sewaktu anda mandi. Jika span ini di gosokkkan secara teratur, setiap kali anda mandi, ia dapat membantu menangalkan sel-sel mati dan menjadikan kulit anda segar dan bersinar.

3. Pumice stone - berfungsi sebagai batu asah untuk tapak kaki anda, pumice stone dapat membantu anda menanggalkan daki dan sel-sel kulit mati dibahagian tapak kaki. Penggunaan yang kerap semasa mandi dapat membantu anda untuk memiliki tapak kaki bersih, sihat dan bebas dari bau yang kurang menyenangkan.

Di Meja Solek
1. Losyen badan atau minyak bayi dapat melembut dan menghaluskan kulit anda. waktu yang paling sesuai untuk menyapu losyen atau minyak bayi pada tubuh adalah selepas mandi kerana kulit dalam keadaan rehat dan boleh menyerap dengan baik.

2. Sikat atau berus yang sesai dengan rambut, tip semua sikat sesuai digunakan untuk menyisir rambut. Seeloknya, pilih sikat atau berus yang mempunyai gigi lebat, jarang dan pendek. Apa pun pilihan anda, pastikan anda tidak menyisir rambut ketika rambut anda basah kerana akar rambut lembut dan mudah patah. Tunggu sehingga rambut kering dan sedikit ringan

3. Deodoran, terdapan pelbagai jenis deodoran di pasaran dari yang roll-on, stick-on, cecair mahupun semburan. Pengunaan deodorant dapat melindungi ketiak anda daripa mengeluarkan bauan yang kurang menyenangkan.

4. Bedak tabur. Secara umumnya bedak daripada kering. Pilih bedak yang tidak merangsa dan boleh melindungi kulit dan mudah dihinggapi bakteria seperti bedak berubat.

PETUA MENEGANGKAN PAYU DARA

Petua Menegangkan Payu Dara, Petua Pulih Payu Dara Bengkak and Petua Menegangkan lagi Payu Dara

Menegangkan Payu Dara.

Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-
1. Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
2. Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
3. Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
4. Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

Payu Dara Bengkak.
Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi bengkak. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-
1. Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan.
2. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada buah dada.
3. Buat berulang-ulang kali sehingga kering.
4. Cuci dengan air bersih.

Menegangkan lagi Payu Dara.

Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka mengendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-
1. Layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin.
2. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika.
3. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

PETUA UNTUK MENCANTIKKAN BETIS

Petua untuk betis yang cantik, halus dan licin

Setiap orang khususnya wanita, tentu inginkan betis yang cantik, halus dan licin.
Caranya mudah sahaja. Sapukan setiap pagi selepas mandi dengan minyak rambut atau minyak kelapa dan urutkan perlahan-lahan.
Setelah lakukan demikian, betis anda akan kelihatan halus dan mulus. Anda tidak perlu membuang duit untuk membeli minyak untuk bayi atau losyen.
Selain itu anda boleh juga mengurut betis anda dua atau tiga hari sekali dengan menggunakan hampas kelapa yang telah diperah santannya. Setelah itu urutlah lagi dengan air hingga menjadi bersih.

PETUA PENJAGAAN WAJAH

Petua Penjagaan Wajah Dengan Sayur-Sayuran

Menjaga kulit muka tak semestinya memakan kos yang tinggi. Sebaliknya, anda boleh sediakan sendiri ramuannya dengan menggunakan sayur-sayuran dan herba. Antara bahan yang boleh digunakan untuk rawatan muka adalah daun pegaga, lobak merah, terung muda dan cekur.



Kini, anda dah boleh menjimatkan duit dengan menggunakan beberapa tips penjagaan muka berikut;

Daun Pegaga:

1. Ambil daun pegaga dan basuh sampai bersih.

2. Tumbuk daun pegaga tadi sehingga hancur.

3. Campurkannya dengan sedikit air.

4. Kemudian, campurkan pula bedak sejuk dengan daun pegaga tadi.

5. Kacau semua campuran tadi sehingga sebati.

6. Akhir sekali, sapukanlah ramuan tersebut pada muka anda setiap malam sebelum tidur.

Lobak Merah:

Anda boleh melihat pada artikel lepas bertajuk Atasi Masalah Kulit Berkedut.
Terung Muda:

1. Ambillah sebiji terung muda.

2. Kemudian, gosok bahagian dalam terung (bahagian permukaan yang dipotong tadi) ke muka anda. Terutamanya di bahagian dahi dan pipi.

3. Selepas itu, jangan dibuang dulu terung tadi. Sebaliknya, potonglah lagi selapis bahagian dalam terung itu tadi. Kemudian, ulanglah langkah no. 2 di atas.

4. Anda boleh melakukannya beberapa kali sehinggalah permukaan terung telah habis digunakan.



Cekur:

1. Sediakan cekur kira-kira sebesar ibu jari.

2. Giling cekur tadi sampai lumat.

3. Seterusnya, campurkan cekur yang telah digiling dengan bedak sejuk.

4. Sapukan campuran tadi ke muka anda.

5. Biarkan kira-kira 15 hingga 20 minit.

6. Setelah ia kering, lapkan muka anda dengan kain lembap untuk menanggalkan segala kotoran.

7. Kemudian, basuh muka anda dengan air suam.

8. Amalkanlah selalu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

PETUA AWET MUDA

Amalan Harian Untuk Wajah Awet Muda

Wajah seseorang yang sentiasa awet muda pasti ada rahsia di sebaliknya. Pernah tak anda tanya kat mereka? Selalunya individu tersebut akan mengatakan “Takde apa-apa rahsia. Hanya amalan biasa je.”

Amalan biasa yang dimaksudkan tu biasanya ialah menjaga pemakanan seperti memakan ulam-ulaman atau minum jus tomato, bersenam secara teratur dan sentiasa memelihara air sembahyang.

Namun, ada satu lagi petua yang ingin saya kongsikan. Khasnya buat anda yang beragama Islam.

Sebelum itu, anda perlulah mengamalkan amalan ini dengan ikhlas yer.

Iaitu setiap kali selepas solat Subuh, anda bacalah Surah Yusuff. Sejurus selesai membacanya, anda minum air suam sebanyak 3 teguk.

Kalau boleh, amalkan setiap hari mudah-mudahan wajah anda kelihatan lebih muda dan berseri-seri secara semulajadi.




**************************************************************
Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.

Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.

Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan. Dalam pengamatan saya sendiri, amalan ini telah terbukti berkesan kerana semua 'wanita cantik' yang saya pernah kenal menurunkan petua ini kepada saya apabila saya bertanya 'rahsia' wajah mereka yang tegang dan sentiasa kelihatan ceria.


Selamat Mencuba!

PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT

Petua menghilangkan jerawat

anda perlukan sebungkus daun teh dan juga satu bekas berisi air panas yang sedang mendidih.

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:

1. Masukkan sebungkus daun teh yang masih hijau ke dalam sebuah bekas berisi air panas yang sedang mendidih.

2. Kemudian, wapkan air teh tadi ke muka anda. Atau lebih tepat, wapkan air teh tersebut selama beberapa ketika ke kawasan yang berjerawat di muka anda.

3. Lakukan cara ini selalu sehinggalah jerawat di muka anda tu hilang.

Selamat Mencuba


********************************************************************

Petua tersebut menyarankan supaya menggunakan kacang hijau untuk menghilangkan masalah jerawat ini. Caranya :

Kisarkan segenggam dua kacang hijau sehingga halus. Untuk mendapatkan tekstur yang halus dan gebu, kacang hijau yang dikisar itu perlu ditapis (guna penapis yang agak jarang). Serbuk kacang hijau ini digunakan dengan cara mencampurkannya dengan sedikit air dan kemudian sapukan ke seluruh bahagian muka sebelum mandi pada setiap hari. Ramuannya jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair. Sedang-sedang ajer. Biarkan sehingga kering barulah dicuci. Saya menggunakan air biasa sahaja untuk mencuci ramuan ini. Tapi menurut makcik bidan di kampung saya, bahagian muka lebih baik jika dicuci dengan air suam-suam kuku yang telah dimasak terlebih dahulu. Amalkan petua ini sekali setiap hari. Ia juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat di badan (yang biasanya terjadi di bahagian belakang badan). Cara penggunaannya adalah sama dengan cara di atas kecuali anda memerlukan suami atau ibu anda untuk menyapukanya!

Anda juga boleh menyapukan ramuan serbuk kacang hijau ini hanya pada bahagian yang berjerawat sahaja. Saya sering melakukan ini apabila tidak berkesempatan!

Sebelum bertemu dengan ramuan kacang hijau ini, saya tidak pernah percaya pada kecantikan menggunakan bahan semulajadi. Tetapi kini saya lebih yakin dengan bahan semulajadi berbanding produk-produk kecantikan yang melambak di luar sana. Mungkin juga kulit muka saya ini jenis "murahan" sahaja, sebab itulah tidak memerlukan "high maintenance!" :P

Apa kata anda mencubanya

PETUA MENENGANGKAN KULIT

Petua kulit tegang



Rebus segenggam biji manjakani hingga menggelegak dan pekat dlm periuk tanah.apabila suam sapu pada muka dan tunggu hingga kering. Kemudian bilas. Amalkan selalu. InsyaAllah kulit akan menjadi tegang dan tiada jerawat. Selamat mencuba

PETUA MENCERAHKAN KULIT BADAN

Tip mencerahkan kulit badan


Ini ada satu scrub asli yang boleh digunakan untuk mencerahkan kulit badan. Caranya :

Goreng beras tanpa minyak sehingga agak keperangan. Kemudian kisarkan ia sehingga halus. Pastikan ia benar-benar halus kerana jika kasar, ia akan menyakitkan kulit anda apabila digosokkan pada badan nanti.

Campurkan beras yang dikisar tadi dengan sedikit air (ingat, sedikit sahaja). Kemudian gosokkan ia pada seluruh kulit badan. Beras ini tidak perlu dibiarkan mengering pada kulit, cukuplah sekadar dijadikan scrub.

Lakukan scrubbing ini 3 kali seminggu. Scrub beras ini bukan sahaja akan mencerahkan kulit badan anda, malahan ia akan menjadikan kulit anda lembut, berseri bak bayi.

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN PARUT

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN PARUT

Ini ada satu petua untuk menghilangkan parut. Sebenarnya petua untuk menghilangkan parut ni mungkin telah ramai yang tahu dan pernah buat.

Petua ini menggunakan daun lidah buaya untuk membantu memudarkan parut (tak kira parut jerawat ke atau parut di badan)

Caranya adalah dengan mengambil daun lidah buaya, buang duri di kiri dan kanan daun. Kemudian buang sedikit kulit daun tersebut untuk mendapatkan lendirnya. Sapu lendir daun lidah buaya tersebut pada parut di muka atau badan. InsyaAllah parut akan cepat sembuh terutama sekali parut yang masih baru. Ingat, jangan tunggu lama-lama, jangan biar luka/parut dah jadi kehitaman baru nak cari daun lidah buaya ni yer...

PETUA UNTUK MELEMBUTKAN KULIT DAN MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT

Petua Rawatan Kulit Lembut dan Parut Jerawat



Setelah beberapa hari tak berkongsi “sesuatu” dengan anda, saya sambung kembali dengan siri petua berkaitan penjagaan kulit muka. Iaitu khusus untuk melembutkan kulit muka serta menghilangkan parut jerawat anda.
Bahan-bahan yang perlu anda sediakan dulu ialah buah jambu batu, sedikit kemenyan, sedikit air dan juga piring pasu.

Cara melakukannya pula seperti berikut:

1. Anda asahlah dulu jambu batu dan kemenyan tadi kat dalam piring pasu.

2. Campurkan bahan-bahan tadi dengan sedikit air. Pastikan air asahan itu pekat tau. Supaya ia senang melekat kat muka anda nanti.
3. Apabila campuran itu dah sebati, sapukanlah ke seluruh kawasan muka anda.
4. Biarkannya selama 30 minit.
5. Kemudian, cucilah muka anda dengan air bersih.
Amalkan setiap hari petua ni. Jika diizinkan-Nya, kulit muka anda bukan saja lebih lembut malah parut jerawat pun boleh hilang.

Selamat Mencuba!

PETUA UNTUK KECANTIKKAN KULIT MUKA

Kulit Telur Untuk Kecantikan Muka


Pernahkah anda menggunakan kulit telur untuk tujuan kecantikan kulit muka? Setahu saya, kulit telur ni digunakan untuk tujuan kraftangan dan meneutralkan minyak masak (hasil R&D saintis UniMAP)
Baiklah, kalau anda belum pernah cuba petua ni, saya akan tunjukkan cara-caranya. Selain kulit telur, anda perlulah sediakan juga bahan sampingan lain iaitu bedak sejuk dan air suam.
Memula sekali, anda bersihkanlah dulu kulit telur tadi.
Kemudian, kisar kulit telur tu sehingga halus seperti debu. Kalau anda lebih suka nak tumbuk pun boleh gak
Seterusnya, anda campurkan dan kacau debu tersebut dengan bedak sejuk dan air suam hingga sebati.
Sapukanlah campuran tersebut ke muka anda. Tapi, pastikan muka anda dah dibersihkan terlebih dulu, ok.5. Sambil anda menyapu bedak sejuk tu, urutlah sekali kulit muka anda secara lembut dan perlahan-lahan.
Begitulah 5 langkah yang boleh anda lakukan untuk mencantikkan kulit muka dengan kulit telur. Lepas ini, anda bolehlah memanfaatkan kulit telur daripada terbuang begitu saja, kan?

Selamat Mencuba!

PETUA MENGURANGKAN RAMBUT GUGUR

Petua Mengurangkan Rambut Gugur :


Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut. Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala. Biarkan selama lebih kurang 30 min, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa. Bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampu rambut anda menggunakan jus buah limau purut. Hasilnya, hmmmm....anda akan dapat lihat sebaik sahaja rambut anda mula mengering. Yang pasti, anda akan merasa cukup selesa selepas itu.

PETUA UNTUK MENGATASI TUMIT PECAH

Tips untuk mengatasi tumit pecah

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.

PETUA UNTUK MENGHILANGKAN BULU KETIAK

Tips untuk mengatasi bulu ketiak

Ada banyak cara tradisional boleh digunakan untuk menghilangkan bulu ketiak. Antara yang paling mudah dan berkesan ialah menggunakan bahan seperti kapur sirih dan kunyit hidup. Caranya, cabut semua bulu ketiak, selepas itu celupkan ibu kunyit ke dalam kapur sirih dan gosokkannya hingga rata selama beberapa minit. Kemudian bilas semula dengan air bersih. Lakukannya selama beberapa kali hingga masalah anda itu selesai. Petua ini juga sangat bagus dicuba oleh anak perempuan dan lelaki yang masih belum tumbuh bulu ketiak bagi menghalangnya daripada tumbuh.

PETUA PERBANYAKKAN SUSU IBU

Petua Banyakkan Susu Ibu

Petua 1
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu.
Setelah suam, tekapkan pada payudara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

Petua 2
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu campurkan dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

Petua 3
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air tersebut 2 hingga 3 kali sehari.
*Anda perlu minum air secukupnya kerana jika air kurang maka kuranglah susu anda.
Selamat Mencuba.

PETUA MENGATASI BULATAN HITAM BAWAH MATA

BULATAN HITAM BAWAH MATA

Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata. Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

PETUA MENGATASI MASLAH MATA SEMBAB

MATA SEMBAB

Mata sembab boleh dikurangkan dengan menggunakan potongan ubi kentang segar. Caranya adalah dengan meletakkan potongan ubi kentang di atas mata selama beberapa minit.

PETUA MENGHILANGKAN KELETIHAN MATA

KELETIHAN MATA

Lembabkan 2 uncang teh ke dalam air panas. Setelah itu, sejukkan uncang teh tadi dengan memasukkannya ke dalam peti ais. Setelah ia sejuk, letakkannya ke atas mata selama lebih kurang 15 minit.

PETUA HILANGKAN SELULIT

Petua Hilangkan Selulit

1. Amalkan makan makanan seimbang dan kurangkan lemak serta karbohidrat. Minum air secukupnya.

2. Untuk mengurangkan takungan air dalam tubuh, kamu boleh mencuba sejenis teh duratik yang boleh membantu melawaskan kencing dan seterusnya mengurangkan masalah takungan air dalam badan.

3. Gula yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak. Kurangkan pengambilan makanan seperti biskut, coklat dan ais krim.

4. Bersukan dan bersenam membantu merangsangkan peredaran darah dan meningkatkan sistem serta proses pembuangan. Secara tidak langsung membakar lemak.

5. Sauna dan mandi wap juga boleh merangsang peredaran darah dan memecahkan lemak. Lebih berkesan jika disertakan dengan urutan.

6. Urutan dapat merangsang peredaran darah dan secara tidak langsung membantu menghindari lemak yang berkumpul.

7. Hindari tekanan kerana boleh menyebabkan otot tertekan sehingga menghalang kelenjar pembuangan racun tubuh.

8. Jika kamu penggemar minuman berkafein, elakkan mengambil lebih daripada satu cawan kopi atau teh pada setiap hari. Kombinasi kafein yang banyak dan duduk lama di kerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar.

9. Kurangkan pengambilan garam. Gantikan dengan buah dan sayuran segar, kacang buncis, tempe, daging tidak berlemak dan ikan.

10. Pernafasan juga memainkan peranan penting bagi memastikan oksigen diserap ke bahagian tubuh. Pastikan kamu mengamalkan cara pernafasan yang betul.